Sunday, December 1, 2019

Blog Baru Saya

SALAM PERKENALAN WARGA 
BLOGGER SEKALIAN !πŸ˜ƒ

                                                       
Saya dah jumpa awak 😎


ASSALAMUALAIKUM W. B. T & SALAM SEJAHTERA

Hai semua, apa khabar semua ? Harap semua sihat sejahtera. Memandangkan ini kali pertama aku menjadi warga blogger, aku ingin memberi sedikit perkongsian tentang diri aku kepada semua.

  Nama diberi Ainun Syafiah Binti Abdul Fatah. Aku berusia 22 tahun, berasal dari Besut, Terengganu. Aku merupakan anak ke-6 daripada 7 orang adik beradik. Aku telah menamatkan pengajian pada peringkat sekolah menengah di SMK Tengku Mahmud Besut, Terengganu yang terletak lebih kurang 5 KM sahaja dari rumah aku. Seterusnya, aku menyambung pengajianku ke peringkat diploma dalam jurusan Seni Reka Grafik dan Media Kreatif di sebuah institusi swasta bernama TATI Universiti Kolej di daerah Kemaman, Terengganu. Perjalanan hidupku dalam dunia pendidikan diteruskan lagi dengan aku meneruskan pengajianku ke peringkat lebih tinggi iaitu peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan ISMP Reka Bentuk dan Teknologi di sebuah institusi awam yang jauh dari negeri asalku iaitu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Syukur Alhamdulillah aku sekarang telah berada di semester 2 pengajian. 

  Soalan kebiasaan orang akan tanya kenapa aku belajar masa peringkat diploma ambil jurusan lain tapi bila masuk degree jurusan lain pula. Kenapa ? Sejujurnya aku pun tak rancang nak sambung jurusan ISMP Reka Bentuk Teknologi ni di peringkat degree sebenarnya. Aku jangka mesti aku akan dapat jurusan yang berkaitan dengan apa yang aku belajar masa diploma dulu. Memandangkan aku ni budak design so tak sangka jadi budak kemahiran hidup pula πŸ˜†. Aku ni sentiasa jadi bidang terjun. Dalam hidup aku, aku suka meneroka benda baru. Bagi aku hidup perlukan cabaran barulah hidup ini penuh dengan warna-warni. Betul tak ? Aku ni hanya mampu merancang untuk masa depan aku tapi Tuhan yang menentukan takdirku yang mana lebih baik. Bagi aku apa pun bidang yang kita belajar restu daripada kedua ibu bapa kita penting untuk berjaya dunia akhirat.

  Aku bersyukur sebab membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat degree dalam jurusan ISMP Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) ni. Sebenarnya ibu bapa aku yang mendorong aku untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini. Maklumlah kedua-dua ibu bapa aku merupakan seorang guru. Mungkin satu masa nanti aku pula yang akan menggantikan tempat mereka. Insya-Allah doakan untuk aku ye semua 😊. Kalau aku tidak meneruskan pengajian aku dalam jurusan ini mungkin sekarang aku belajar di UITM Puncak Alam dalam jurusan yang berkaitan dengan bidang yang aku pernah ceburi sewaktu di peringkat diploma dulu. Dalam bidang yang aku belajar sekarang, aku banyak belajar untuk menjadi insan yang lebih baik. Insan yang mampu berbakti kepada masyarakat. Aku tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang guru walaupun ibu bapa aku adalah merupakan seorang guru. Aku merasakan diri aku tidak layak untuk menjadi seorang pendidik. Tapi aku suka untuk menyahut cabaran. Apabila aku ditawarkan untuk belajar dalam jurusan yang berkaitan pendidikan ini, aku tidak terus menolak. Aku merasakan ini satu peluang besar bagi diri aku untuk cuba bidang baru yang aku belum pernah ceburi. Tambahan pula, ibu bapa aku juga berhasrat agar aku meneruskan legasi menjadi seorang warga pendidik. Aku masih berusaha mempelbaiki diri aku agar satu hari nanti aku akan menjadi seorang pendidik yang baik untuk generasi akan datang. Misalnya, setiap kali ada perbentangan di dalam kelas aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang penyampai yang baik. Lagipun bidang ini memang melibatkan komunikasi dengan manusia. Jika di sekolah nanti aku akan berhadapan dengan beratus-ratus pelajar. Jadi mulai dari sekarang aku cuba beranikan diri untuk tampil ke hadapan apabila diperuntukkan.



Masa kelas latihan silat



Ni gambar mula-mula dapat baju uniform silat cekak ni. Memang aku target nak masuk peringkat tamat sebab nak dapat baju ni 😍


Ni time program CMP masa semester 1



Terima kasih sudi jenguk blog aku ni ye πŸ˜˜. Maaf biasakan diri dengan panggilan aku. Aku biasakan diri dengan panggilan aku supaya kita akan jadi lebih akrab. Hehe..😁

Semoga kita bertemu lagi di lain hari. Aku akan update topik-topik yang lebih hangat di pasaran. Hope semua sabar menunggu ye 😊.



Setinggi-tinggi Penghargaan buat DR IZAZOL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😊...

Untuk entry kali ini aku diberi satu tugasan untuk membuat satu blog tentang seseorang yang aku admire dalam kelas yang nampak mempunyai ciri-ciri seorang guru dalam diri dia, untuk kelas KPS3014, Dr Izazol.

Mesti korang tertanya-tanya siapa Dr Izazol ni kan ?

So, aku perkenalkan sikit siapa beliau. Dr Izazol adalah pensyarah kelas KPS3014 iaitu kursus Pengurusan Pembelajaran di UPSI. First time aku kenal Dr Izazol masa first kelas beliau masuk mengajar. Supah terkejut giler time tu πŸ˜†. Nak tahu kenapa ? Sebab sem ni first time aku belajar dengan beliau. Beliau tak pernah kalah untuk menghiburkan hati aku dan rakan sekelas dengan sikap beliau yang suka menyakat anak didiknya bermula daripada kelas pertama lagi. Siapa yang pernah belajar dengan Dr Izazol tak pernah kena usik dengan beliau bagitahu aku😎. Aku yang tak berapa nak menonjol dalam kelas pun pernah kena usik πŸ™ˆ. Terkejut aku time Dr sebut status Whatsapp "Doakan Yang Baik-baik" πŸ’“itu aku lah tu. Hahaha πŸ˜„πŸ˜„. Aku expect kebiasaan pensyarah wanita ni jenis yang serius. Aku suka belajar dengan Dr Izazol ni sebab beliau jenis yang dekat dengan hati pelajar. Pelajar datang lambat pun beliau tak kisah yang penting usaha pelajar tu nak datang kelas kan πŸ˜‰. Tapi Alhamdulillah aku tak pernah gagal untuk datang ke kelas beliau awal pada waktunya sepanjang 12 minggu kelas KPS3014 berlangsung πŸ˜†πŸ˜Ž. Mesti Korang nak tahu sebab apa aku tak pernah datang lambat kan ? Kebiasaannya kalau mood Dr Izazol baik beliau suka kenakan pelajar yang datang lambat ke kelas. Contohnya, suruh pelajar perkenalkan diri ke atau suruh menyanyi ke di hadapan kelas. Sebab tu aku selalu datang awal ke kelas. Hahaha πŸ˜†. Tak lah, bukan sebab tu sebenarnya. Hehe saja je gurau πŸ™Š. Aku memang jenis yang suka bergurau macam Dr Izazol juga. Dr Idola aku tau 😎. Sebenarnya aku ni jenis yang tak suka datang lambat ke kelas. Kebiasaannya aku akan sampai paling lewat 5 minit sebelum kelas bermula. Lagipun aku tidak kesuntukan waktu kelas sebelumnya seperti rakan-rakan aku yang lain. Kelas sebelumnya ada jarak masa dengan kelas KPS3014 ni. Jadi sempatlah aku nak bersiap-siap untuk ke kelas KPS3014 ni pula. Dr Izazol ni baik orangnya. Walaupun beliau seorang yang sangat suka menyakat pelajar tapi beliau seorang yang sangat merendah diri. Dengan pelajar boleh jadi kawan dah. Hehe πŸ˜‰. Tak nak cakap panjang lebar. Yang aku tahu best sangat belajar dengan Dr Izazol ni. Terima kasih Dr sebab terima saya jadi pelajar Dr 😘 πŸ™ˆ.



Haa yang duduk berbaju kurung berwarna biru di sebelah aku tulah Dr Izazol  πŸ’


KAWAN YANG BARU AKU KENAL 😍. BARU KE ?? 😏


HELLO GUYS ! πŸ˜€

Harini aku rasa nak share sikit dengan korang tentang kawan aku yang bagi pre-love dekat korang tu.Hehe..

Nama kawan aku ni Siti Nur Aulia binti Mohd Azhar.

Orangnya berkulit putih, tinggi lampai 😎😎

Dia ni ambil course ISMP Reka Bentuk Teknologi Berkomputer di UPSI semester 2 sama semester dengan aku tapi aku buang Berkomputer je dekat belakang πŸ˜‚. Aku ingat masa mula-mula masuk UPSI dah sama kos dengan dia ni. Haha.. malangnya tak πŸ˜†.  

Kalau nak tahu kenapa aku suka sangat nak share pasal dia ni sebab aku dah lama suka dekat dia ni secara tak sengaja. Jeng..jeng..jeng..Upsss, bukan bererti aku suka sama jantina tau.No,no,no.. πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi aku suka dengan karekter dia yang cool and steady..Hehe. Aku perasan dia ni jenis yang tak kelam kabut macam aku. Haishh..kenapalah aku tak boleh cool and steady macam dia juga. Aku kenal Aulia ni dari zaman diploma lagi sebenarnya. Kami pernah duduk satu rumah makan sama-sama, lepak sama-sama. Maksudnya kami dah kenal perangai masing-masinglah. Aku suka borak dengan dia sebab dia ni jenis yang senang terhibur. Aku buat lawak sikit terus dia gelak. Kadang-kadang aku tak buat lawak pun dia gelak. Yang bestnya dia ni kalau aku ada masalah dia tak pernah jemu nak tolong walaupun kami taklah rapat sangat macam adik beradik. Aku takkan pernah lupa jasa dia tolong bagi pinjam laptop dia dekat aku masa kitaorang last year diploma dulu. Kitaorang diploma tempat sama dulu di sebuah institusi pendidikan swasta yang diberi nama TATI University College, sebuah institusi yang terletak di daerah KEMAMAN, TERENGGANU. Korang yang pernah hadap final year projek dulu tahulah azab dia macam mana kan? Kebetulan time tu ada salah satu software aku dah tamat tempoh sebab ambil yang trial je.. Aku tak perasan tentang tu. Masa tu waktu malam berlatarbelakangkan bunyi hujan yang lebat. Aku ON laptop aku nak start buat kerja. Tiba-tiba..software yang aku nak guna tu dah tak boleh buka. Perasaan gemuruh dan risau mula menghantui aku. Aku mula mencari jalan untuk selesaikan masalah aku. Macam-macam perkara bermain di fikiran. Aku fikir macam mana aku nak tunjuk hasil kerja aku kepada pensyarah nanti kalau aku tak boleh nak start buat kerja sekarang. Aku pun mula bangun dari tempat duduk aku dan mula bertanyakan rakan sebilik untuk meminjam laptopnya. Tetapi malangnya dia mengatakan dia banyak kerja belum disiapkan dan tak sempat nak bagi aku pinjam laptopnya. Tiba satu masa aku pergi bertanyakan kawan aku yang bernama Aulia ni hanya dia saja yang jawab ya boleh pinjam laptop dia. Masa tu aku tengok reaksi muka dia cool and steady je. Dia tak menunjukkan reaksi muka marah atau terpaksa. Saat itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya aku berjumpa orang yang seperti Aulia. Saat aku susah seperti itu dia sanggup meminjamkan laptopnya untukku sedangkan dia juga masih banyak kerja yang belum disiapkan. Time tu baru aku terfikir yang kawan yang ada waktu senang mudah nak cari tapi kawan yang ada time susah dan senang bukan mudah. Jadi sesiapa yang dapat kawan time senang dia ada, time susah pun dia tolong, bersyukurlah. Nak dijadikan cerita kami berpakat sama-sama juga untuk sambung pengajian ke peringkat degree di tempat yang sama. Tak disangka-sangka kami dijodohkan bertemu di UPSI. Tapi... walaupun kami belajar di tempat yang sama kami jarang berjumpa disebabkan kami tidak sama course. Sewaktu di semester 1 pengajian kami memang sangat jarang berjumpa. Namun, semasa di semester 2 pengajian akhirnya Alhamdulillah Allah pertemukan kami di dalam kelas KPS ini kelas Dr Izazol, Dr kesayangan kami 😘. Time tu sebenarnya aku tak tahu yang dia pun daftar group yang sama dengan aku untuk subjek KPS ni. Betullah orang tua-tua kata “ Kalau dah Jodoh Tak Akan Kemana" . Start dari situlah kami mula rapat kembali. Kadang-kadang kalau aku free aku ajak dia keluar pergi pasar minggu di Pekan Tanjung Malim. Kadang-kadang kami buat kerja sama-sama di perpustakaan UPSI. Sikap dia tak banyak berubah dari dulu sampai sekarang dia tetap cool and steady. Hehe..


 Nampak tinggi tak dia? πŸ˜ŽπŸ˜ƒ

  Bagi aku Aulia ni sesuai untuk jadi seorang guru kerana sikap dia yang suka membantu orang lain. Dia akan membantu sesiapa sahaja kawan-kawan yang dalam kesusahan tanpa jemu. Sikap suka membantu ini perlu ada dalam setiap insan bergelar guru kerana guru ialah insan yang berperanan penting dalam memastikan kejayaan pelajar sejak dari bangku sekolah lagi. Selain itu penampilannya yang sentiasa kemas dengan berbaju kurung ke kelas setiap hari lagi jelas menampakkan dia seorang guru yang cemerlang. Penampilan diri juga penting untuk menjadi seorang guru. Hal ini demikian kerana, guru ialah ikutan para pelajar di sekolah. Bukan itu sahaja, dia juga seorang yang rajin untuk datang ke kelas. Dia tidak pernah gagal dalam menghadiri kelas. Oleh itu, inilah sikap yang perlu kita contohi untuk menjadi seorang guru yang cemerlang demi masa hadapan generasi akan datang yang lebih baik. Tetiber.. cakap ayat bahasa Melayu baku pulak. Luahan perasaan yang mendalam. Hehe.. 😜


Jadi taknak cakap panjang-panjang nanti korang baca pun nak muntah kan??Hehe..😜

  Cuma satu je aku nak cakap, bukan satu tapi beberapa benda nak cakap. Haha.. acah-acah je satu benda kalau dia terbuka aku punya blog secara tidak sengaja πŸ™Š. Terima kasih banyak sebab tolong aku selama ni. Terima kasih sebab kau terima aku jadi orang yang penting dalam hidup kau. Aku doakan kau berjaya dalam peperiksaan akan datang, berjaya tamat degree ni sama-sama dengan cemerlang dan berjaya di dunia dan di akhirat. Ameen..


Simpan sini sebagai kenangan πŸ’˜

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


KECICIRAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA SEMAKIN HANGAT DIPERKATAKAN 


Definisi Pelajar Berisiko Cicir



Pelajar berisiko cicir ialah pelajar yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk keluar dari sistem sebelum tamat tempoh pendidikan.


Kadar Keciciran dalam Kalangan Pelajar di Malaysia


31, 104 pelajar tercicir daripada persekolahan pada tahun 2017

31, 104 pelajar tercicir daripada persekolahan pada tahun 2017. 6,702 pada 0.29 % pelajar tercicir daripada sekolah rendah. 2,400 pelajar pada 1.36 % bukan daripada pelajar cicir pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Berdasarkan statistik bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Labuan mencatat pelajar cicir paling tinggi ialah di Sarawak iaitu 4.48 % diikuti Kelantan  4.39 % seterusnya Sabah 4.04 %. Majoriti pelajar tercicir daripada sekolah rendah dan menengah adalah lelaki masing-masing pada 91.1 % bersamaan 5,961 pelajar dan 19,308 pelajar bersamaan 79.1 %.Bagaimanapun peratusan tercicir bagi kedua-dua peringkat sekoleh itu menyaksikan penurunan berbanding tahun sebelumnya dari 0.36 % pada 2016 ke 0.29 % pada tahun 2017 untuk sekolah rendah dan untuk sekolah menengah pula dari 1.50 % daripada 2016 ke 1.36 % pada tahun ini 0.27 % untuk sekolah rendah dan 1.30 % untuk sekolah menengah.




Peratus Keciciran Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah di Semenanjung Malaysia Lebih Tinggi berbanding Sabah, Sarawak dan Labuan


Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan mendedahkan kadar keciciran murid sekolah rendah di Semenanjung Malaysia direkodkan antara 0.26 hingga 0.74 peratus bagi 2014 hingga 2016. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Peratus keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah di Semenanjung Malaysia lebih tinggi berbanding Sabah, Sarawak dan Labuan.


Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan mendedahkan kadar keciciran pelajar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia direkodkan antara 0.26 hingga 0.74 peratus bagi 2014 hingga 2016. Sementara kadar keciciran di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah antara 0.05 hingga 0.10 peratus. Untuk tempoh sama bagi sekolah menengah pula, purata 1.09 hingga 3.59 peratus pelajar di Semenanjung Malaysia tecicir. Sabah, Sarawak dan Labuan mencatatkan keciciran pelajar antara 0.41 hingga 1.18 peratus. Tegas Kamalanathan, kementeriannya kini memberi tumpuan terhadap peningkatan akses daripada peringkat prasekolah hingga menengah dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Melalui inisiatif itu, beliau berkata, pihaknya menyediakan Garis panduan mengurus pelajar berisiko bagi membendung masalah keciciran pelajar. "Satu modul intervensi juga disediakan sebagai panduan kepada guru untuk menjalankan program intervensi bagi pelajar berisiko cicir, agar mereka kekal bersekolah sehingga tamat Tingkatan Lima. "Garis panduan dan modul intervensi pelajar berisiko cicir itu sedang dirintis di tiga negeri, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kedah sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada 2018," katanya di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) yang meminta Kementerian Pendidikan menyatakan jumlah pelajar-pelajar yang keciciran daripada sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mengikut negeri bagi 3 tahun terakhir serta langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut yang telah diambil.


3,311 Pelajar Tercicir di Selangor


KLANG: Jabatan Pendidikan Selangor merekodkan 3,311 pelajar di negeri ini tercicir persekolahan setakat ini. Pengarahnya, Mohd Salleh Mohd Kassim, berkata daripada jumlah itu, daerah Petaling Perdana mencatatkan jumlah tertinggi, diikuti Klang, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Selangor. “Pelbagai faktor dikenal pasti yang menjadi punca masalah keciciran pelajar, antaranya masalah keluarga, kesihatan, ada bekerja untuk menyara hidup serta masalah pengangkutan kerana lokasi sekolah yang jauh.“Begitu juga murid tanpa dokumen, terbabit dengan pengaruh dadah, malah dibuang sekolah menjadi faktor keciciran. “Biasanya peratus yang besar dan ketara yang terbabit dengan masalah keciciran persekolahan ini ialah pelajar di sekolah menengah,” katanya, Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sifar Murid Cicir Negeri Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Klang, di sini, hari ini. Mohd Salleh berkata, jabatan itu menyasarkan 60 peratus atau 1,987 pelajar akan kembali ke sekolah melalui Program Sifar Murid Cicir dalam tempoh satu tahun.“Daripada jumlah itu, kita sasarkan penunjuk prestasi utama (KPI) kehadiran pelajar yang tercicir itu dalam kadar yang lebih 90 peratus apabila mereka kembali bersekolah nanti.“Bagi pelajar sekolah rendah, kita sasarkan KPI kehadiran dengan 93 peratus, manakala bagi pelajar sekolah menengah, sasaran KPI kehadiran ialah 90 peratus,” katanya. Beliau berkata, dalam tempoh Januari dan Februari 2019, kesan positif yang ketara ditunjukkan dengan penurunan bilangan keciciran pelajar.“Ramai sudah kita bawa masuk kembali ke sekolah. Contohnya tadi seramai tujuh pelajar, enam sekolah rendah dan seorang sekolah menengah. “Itu kerjasama yang cukup baik, terutamanya masyarakat setempat melaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah, kemudian ke Jabatan Pendidikan Selangor, juga lapor kepada Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat “Kita harap banyak kes begini dijumpai, seterusnya menempatkan mereka semula ke sekolah yang sepatutnya mereka hadiri,” katanya. Beliau berkata, pelbagai usaha dijalankan bagi membendung dan mengurangkan masalah keciciran pelajar menerusi Program Sifar Murid Cicir. “Program ini sudah dan akan terus digerakkan secara berkesan melalui intervensi berfokus dan permuafakatan dengan pembabitan pelbagai agensi, organisasi dan pemimpin setempat. “Program ini merangkumi tiga sub Jawatankuasa utama, iaitu Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir, Jawatankuasa Peningkatan Enrolmen Pendidikan Menengah dan Jawatankuasa Pengurusan Murid Berisiko Cicir,” katanya.
MOHD Salleh (dua dari kanan) beramah mesra bersama murid yang menerima surat penempatan pada Majlis Perasmian Program Sifar Murid Cicir Negeri Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi, Klang. - Foto Faiz Anuar


Garis Panduan Mengatasi Isu Keciciran Murid di Sekolah KPM
Teras strategik 3 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas telah menyatakan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan inisiatif bagi mengurangkan kadar keciciran dan memastikan enrolmen sejagat menjelang tahun 2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga meletakkan salah satu daripada aspirasi sistem ialah menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua kanak-kanak. Dalam pelan tersebut, satu inisiatif iaitu Peninkatan Akses dari Prasekolah hingga Menengah Atas merupakan inisiatif utama yang memfokuskan kepada strategi peningkatan enrolmen pada semua peringkat pendidikan termasuk usaha menanggani keciciran pelajar di sekolah.

  KPM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan enrolmen namun isu pelajar tercicir di sekolah rendah dan menengah masih berlaku sehingga kini. Pada tahun 2016, secara keseluruhan peratus pelajar yang tercicir dari sekolah rendah adalah 0.36 peratus dan sekolah menengah adalah 1.50 peratus.

Pada tahun 2016, KPM juga telah melaksanakan pengesanan awal bagi pelajar berisiko cicir iaitu pelajar yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk keluar dari sistem sebelum tamat tempoh pendidikan. Secara keseluruhan, didapati bahawa sebanyak 2.00 peratus pelajar sekolah rendah menghadapi risiko cicir tahap tinggi dan sebanyak 4.3 peratus murid sekolah menengah menghadapi risiko cicir tahap tinggi.


No comments:

Post a Comment